Fungsi Utama: Perkhidmatan
Aktiviti-aktiviti
Mengurus & Pembangunan Aset Wakaf
Mengurus dan pembangunan di tanah waqaf masjid.
Penganjur Acara / Program Promosi
Pengurusan tapak sewaan di dalam Masjid, aset-aset kerusi dan meja dewan untuk kegunaan majlis-majlis keraian. Pengurusan Sewaan di Dataran Batik bagi kegunaan Usahawan dan peniaga. Pengurusan Katering penyediaan makanan dan minuman bagi majlis-majlis perkahwinan dan program jabatan.
Perkhidmatan Penganjuran Pendidikan
Pendidikan teknologi ICT bagi bengkel/seminar Usahawan Online kepada peniaga kecil, pelajar, NGO dan orang ramai dipersekitaran masjid
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Sesi 2025/2026
| 1 | Jamali bin Mohd Adnan | Pengerusi |
| 2 | Mohd Hariz Bin Jamil | Timb Pengerusi |
| 3 | Lt Kol Tamsir bin Marhaban (Bersara) | Setiausaha |
| 4 | Ustaz Adli Zil Ikram bin Mohamed Arifin | Bendahari |
| 5 | En Mohamed Adani bin Haji Ahmad | ALK |
| 6 | Pn Umul Haramaini bt Hj Mohd Abu Bakar | ALK |
| 7 | En Juhari bin Atan | JAD |
| 8 | En Marzuki bin Ismail | JAD |

Sejarah
KOPERASI MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD KUALA LUMPUR BERHAD (No. daftar: 202271401189) atau lebih dikenali sebagai KOJAMEK adalah sebuah koperasi yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada tanggal 11 Ogos 2022 di bawah Subsekyen 7(1) Akta Koperasi 1993.
Matlamat penubuhan Koperasi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur Berhad adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi di dalam sektor Perkhidmatan Mengurus Aset Masjid dan Aset Waqaf Masjid, Penganjur Acara / Program Promosi, Perkhidmatan Katering dan penyediaan makan minum dan Perkhidmatan Penganjuran Pendidikan.
Visi
Menjadi sebuah koperasi unggul di Malaysia dalam memartabatkan ekonomi Umat Islam
Misi
Menyatu dan menggerakkan anggota koperasi terutama golongan asnaf di Kuala Lumpur dalam aktiviti ekonomi di bandaraya sehingga menghasilkan jenama produk yang tersendiri dan terkenal
Objektif
- Melahirkan anggota koperasi yang memahami dan menghayati jihad ekonomi mengikut landasan Islam
- Menerapkan budaya integriti, akauntabiliti dan profesional dalam menguruskan kewangan
- Menyuburkan semangat tolong menolong sesama anggota koperasi dalam membantu ekonomi masjid
- Menambah dana masjid dengan membangunkan sumber masjid sediaada
- Membantu membiayai aktiviti-aktiviti anjuran masjid



